Rabu, 12 November 2008

Memang Sah Ada Kemelut Di Dalam Wanita UMNO - Malaysiakini


Entah kenapa sejak akhir-akhir Shahrizat semakin berani bersuara. Mungkin beliau bimbang dengan kariernya sebagai ahli politiknya bakal berakhir ekoran sikap Rafidah yang bertegas hendak mengekalkan peralihan kuasa Ketua Wanita UMNO pada Jun 2009. Shahrizat merupakan satu2 calon wanita yang mendapat undi dan berjaya melepasi kuota kelayakan untuk bertanding merebut jawatan Naib dan Ketua wanita UMNO Malaysia.

Baru semalam Shahrizat bersetuju dengan pelan peralihan kuasa tetapi pada hari ini situasi tersebut sudah kembali berubah dimana beliau masih tetap dengan pendiriannya agar peralihan kuasa tersebut diawalkan pada bulan Mac tahun depan. Perkara ini jelas bercanggah seperti apa yang diputuskan didalam mesyuarat Wanita UMNO pusat sebelum ini.

Saya yakin bahawa dalam situasi ini Shahrizat betul2 berada dalam keadaan tersepit dimana sikap Rafidah yang bertegas dengan tarikh peralihan kuasa pada Jun 2009 tambahan pula isu Datuk Kamilia Ibrahim yang meraih 56 pencalonan untuk merebut jawatan Naib Ketua Wanita UMNO belum lagi diputuskan. Ini sudah tentu menambah serabut lagi pemikiran Shahrizat.

Bagi saya dalam hal ini tiada sedikitpun keikhlasan yang terpapar pada wajah Rafidah sebaliknya beliau masih mahu berkuasa sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia bahkan segala skrip dan lakonan ini semuanya arahan dari beliau sendiri bagi memastikan Shahrizat senasib dengan pencabarnya sebelum ini iaitu Datuk Zaharah Sulaiman yang kini semakin sepi dipersada politik tanah air...Tak percaya, lu tengoklah sendiri..

Inilah Kesan Lebih 50 Tahun UMNO Memerintah Malaysia - Malaysiakini


Jabatan Perdana Menteri mendedahkan orang Melayu paling ramai yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan berbanding dengan kaum lain di negara ini.

Perkara ini diperolehi melalui perangkaan yang dibuat oleh Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang terkini tahun 2007 yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany di Persidangan Dewan Rakyat, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, anggaran isi rumah yang berpendapatan di bawah RM1,000 sebulan itu dijalankan ke atas seramai 496,500 isi rumah.

Daripada jumlah tersebut katanya, pecahan mengikut kaum ialah seramai 301,000 (Melayu), 50,900 (Cina), 29,000 (India), 29,300 (Kadazan), 7,500 (orang Asli) dan kaum lain - 78,800.

Bagi kumpulan berpendapatan RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 di mana daripada jumlah tersebut 976,500 adalah (Melayu),300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (orang Asli) dan lain-lain 89,9000," katanya yang menjawab soalan yang dibangkitkan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (KeADILan - Sungai Siput) dalam sesi soal jawab.

Keseluruhan bilangan isi rumah berpendapatan RM2,001 hingga RM3,000 Melayu juga paling tinggi iaitu 614,700, berbanding Cina 300,800 dan India 121,500 daripada jumlahnya keseluruhan isi rumah iaitu sebanyak 1,144,700.

Manakala, kumpulan pendapatan RM3,001 hingga 4,000 kaum Melayu berada di tempat teratas iaitu 380,500 daripada keseluruhan isi rumah 734,000.

Beliau berkata, bagi julat pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000 yang melibatkan 914,200 isi rumah Melayu sebanyak 419,200 berbanding Cina sebanyak 368,400.

Sementara itu beliau berkata, kumpulan berpendapatan RM10,001 -RM20,000 dengan melibatkan 235,300 isi rumah kaum Cina menguasai pendapatan tersebut iaitu sebanyak 118,700 berbanding Malayu 85,700 dan India 23,400.

"Kumpulan pendapatan melebihi RM20,000 pula terdapat 49,500 isi rumah dan daripada jumlah tersebut 16,500 merupakan isi rumah Melayu, 27,900 Cina, 3,600 India dan 1,500 dari lain-lain kumpulan etnik," katanya.

Selasa, 11 November 2008

Mari Tukar Menu Nasi Kandar dan Roti Canai - Malaysiakini

Ingatkan barang-barang keperluan yang turun harga tapi sebaliknya harga roti canai dan nasi kandar yang turun. Hebat kerajaan Malaysia, baru saya tahu selama ini rakyat di Malaysia cuma makan nasi kandar dan roti canai sahaja.

Abang Syahril Samad didalam kenyataan didalam akhbar Utusan Meloyar pula menyokong penuh tuntutan yang dibawa Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) bersetuju menurunkan harga nasi kandar, roti canai dan teh tarik.

Maknanya selepas ini harga nasi kandar kini menjadi RM1.30 daripada RM1.50, manakala bagi roti canai harga maksimum iaitu dari RM1.20 hingga 90 sen dan teh tarik pula RM1.50 hingga 70 sen.

Baru saya tahu, macam ni rupanya job fuction untuk porfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bukan saya tidak menyokong usaha kerajaan untuk menurunkan harga barang tetapi jika lebih bercakap daripada bekerja, bukan setakat saya, semua orang pun boleh buat. Kalau macam nila cara pengurusan kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, alamatnya makin sengsara la hidup rakyat...Alahai......dah lebih 50 tahun memerintahpun masih ada lagi rakyat yang hidup susah....

Apa Motif Ali Rustam Bertanding Jawatan Timb. Presiden ?? - Malaysiakini

Sehingga jam 11.00 malam bertarikh 9 November 2008, Ali Rustam sudahpun memperolehi 47 pencalonan. Jumlah itu juga sudah mencukupi dan membolehkan beliau bertanding di dalam merebut jawatan Timb. Presiden UMNO dan seterusnya bakal menduduki kerusi TPM Malaysia andaikata kemenangan menjadi milik beliau.

Tetapi pelbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran saya dimana jika dilihat pembentangan bajet 2009 kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini kita dapat lihat lebih banyak pembaziran yang dibawa berbanding dengan faedah yang bakal diperolehi oleh rakyat.

Sedikit sumber saya ambil dari akhi Sofi sebagai rujukan kita bersama :-

-Projek Eye On Malaysia yang menelan belanja RM38.5 juta;
-Menara Taming Sari berharga RM25 juta;

-Kompleks Melaka International Bowling Centre (MIBC) bernilai RM23.2 juta;
-Litar Go-Kart terpanjang di Asis bernilai RM9.9 juta;

-Kapal Selam 'Qeusant' Malaysia di bawa dari Perancis dengan kos penghantaran sebanyak
RM4 juta (tidak termasuk kos tapak dan lain-lain)
-Projek Monorail dari Taman Rempah ke Bunga Raya Pantai sepanjang 1.4 km bernilai RM16 juta.

Ramai pemerhati politik berpendapat projek-projek diatas tidak memberikan banyak manfaat kepada rakyat walaupun kerajaan negeri mendakwa ianya untuk menarik pelancong datang ke Melaka.Di saat kadar inflasi negeri Melaka meningkat dari 3.7 % tahun lepas kepada 4.2 % (dari Januari-Jun 2008) kerajaan negeri sewajarnya mencari jalan untuk mengurangkan perbelanjaan negeri. Wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat yang semakin terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

Cuba kita buat perbandingan dengan negeri Perak, untung rasanya jika saya sendiri menjadi sebahagian rakyat di Negeri yang kaya dengan hasil buah duriannya. Sila lihat faedah yang rakyat perolehi melalui program kebajikan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Perak.

-bekalan air percuma sebanyak RM 10.00 sebulan kepada 4,428 rakyat berpendapatan kurang 700 ringgit diberi;
-meluluskan 1000 hektar tanah kepada SAR dan SRJK Cina untuk diusahakan penanaman sawit ;
-bantuan RM 6 juta diperuntukan untuk sumbangan derma siswa RM 1000 seorang kepada 6000 anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
-RM 4.9 juta diperuntukan untuk pendidikan Islam iaitu dengan menaikan elaun guru KAFA, Penyelia KAFA, guru Tadika Islam dan mengembalikan bantuan perkapita kepada 22 buah sekolah Agama Rakyat.
-RM 1 Juta diperuntukan untuk Takaful Kifalah kepada warga emas berusia 65 tahun ke atas, setiap waris akan diberi sumbangan RM 1000 bagi meringankan beban pengebumian jenazah.

-RM 4.88 juta pula diperuntukan untuk menaikan elaun bulanan Ketua Kampung dari RM 200 ke RM 400, dan elaun Setiausaha JKKK sebanyak RM 200 sebulan
-Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat dengan memperuntukan RM 2 juta. Tabung ini ditubuhkan bagi tujuan membantu dan memelihara kebajikan rakyat yang menghadapi kesusahan seperti mengalami penyakit kronik, anak-anak yatim, ibu tunggal, kebajikan ahli keluarga mangsa ISA, warga tua dan Orang Kurang Upaya (OKU),

-menaikkan bantuan kebajikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan mengikut kategori dengan kadar minimum RM 200 dan tidak melebihi RM 400.
-Menubuhkan Tabung Pinjaman Perniagaan Kecil tanpa faedah bagi membantu ibu tunggal menceburi perniagaan kecil dan juga peniaga-peniaga kecil dengan peruntukan sebanyak RM 1 juta.

-RM 2 Juta diperuntukan kepada Urusetia Hal Ehwal Bukan Islam bagi tujuan membantu orang-orang bukan Islam dalam menjalankan dan mengamalkan aktiviti kebudayaan, keagamaan serta pendidikan.
-Peruntukan EXCO dinaikan dari RM 100 ribu ke RM 150 ribu setahun, manakala ADUN dari RM 150 ribu setahun ke RM 200 ribu setahun.

-Menaikkan Tabung Pusingan Bantuan Bencana Alam kepada seluruh Pejabat Daerah dari RM 30 ribu ke RM 50 ribu.
-Meluluskan 138 kawasan Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) khas untuk setinggan yang melibatkan kawasan seluas 4,299 ekar dan boleh menyediakan 34,392 lot tapak rumah. Ini bermakna 34 ribu lebih rakyat yang menempati kediaman setinggan akan memiliki tapak rumah untuk didirikan rumah kediaman.

-RM 60 juta diperuntukan kepada JKR untuk melaksanakan pelbagai projek baru, manakala JPS pula mendapat peruntukan sebanyak RM 8.82 juta untuk rancangan tebatan banjir.


Hebat bukan...Jadi kenapa masih lagi bersama dengan UMNO dan Barisan Nasional jika perjuangan yang mereka bawa hanyalah menfokuskan kepada pelancongan dan langsung tidak memandang dan memahami penderitaan rakyat. Oleh itu, Jika beginilah cara Ali Rustam mentadbir Melaka alamatnya Malaysia juga akan menerima nasib yang serupa jika beliau menjadi orang no.2 terpenting di Malaysia.

Jadi, kepada bakal-bakal perwakilan UMNO jangan lupa menolak undi Ali Rustam, bukannya apa takut silap haribulan kita semua pula yang derita. Cukup-cukuplah penderitaan ini dirasai oleh rakyat Melaka....

Sharizat Bersedia, Rafidah Halang - Malaysiakini

Akhirnya Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan agar peralihan kuasa Ketua wanita Umno kekal pada Jun 2009 walau pun tak selari dengan peralihan kuasa presiden Umno. Ini bermakna jawatan ketua wanita dan naib ketua tidak dipertandingkan pada Mac akan datang. Walau bagai mana pun Sharizat kata beliau terpaksa setuju dengan keputusan mesyuarat exco pergerakan wanita.

Saya lihat masa depan Sharizat agak terancam, silap - silap Sharizat hilang semua kerusi dalam pergerakan Wanita Umno ( sebelum ini hilang MP ). Ini semua bergantung kepada keputusan Datuk Kamilia Ibrahim yang cukup kouta untuk bertanding kerusi naib yang sekarang ini disandang oleh Sharizat. kalau Kamilia bertegas nak tanding kerusi naib dan andainya menang, bermakna Sharizat tak ada tempat dalam wanita dan bagaimana orang yang tak berjawatan dalam wanita Umno boleh diterima ganti Rafidah sebagai ketua.

Ketika itu Rafidah boleh batalkan keputusan peralihan kuasa kerana perjanjian asal nak serah kepada Sharizat tapi beliau dah kalah.... Justeru, Sharizat perlu berhati- hati dengan percaturan politik Rafidah Aziz.

sumber : Kamarudin Sidek

Inilah UMNO, Parti Yang Bertuankan Duit - Malaysiakini

Bagi saya ia bagaikan satu sejarah kerana jawatan Timb. Presiden UMNO kali ini bakal menyaksikan persaingan 3 penjuru dimana ia membabitkan pertembungan antara Muhyiddin, Ali Rustam dan Mohd Taib.

Yang pasti bagi mereka yang sememangnya gilakan jawatan di dalam UMNO pasti berusaha meraih sokongan agar para perwakilan yang hadir pada perhimpunan bulan Mac tahun depan mengundi mereka. Tiada yang mustahil jika 'wang' menjadi taruhan kepada mereka bagi meraih undi. Saya juga difahamkan bahawa ada bahagian yang 'demand' dari RM 1 juta - RM 2 juta kepada mereka yang memerlukan pencalonan di dalam parti. Atas faktor inilah yang menyebabkan Ku Li hanya mendapat 1 pencalonan bagi merebut jawatan Presiden dan pencalonan tersebut pun datangnya dari bahagian beliau sendiri di Gua Musang...

Inilah yang sering berlaku setiap kali pemilihan UMNO diadakan dan isu ini boleh dirujuk di dalam kenyataan Pak Lah dimana 900 aduan yang diterima oleh lembaga disiplin UMNO berkenaan isu politik wang yang semakin teruk melanda di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

Jadi, sudah terbukti bahawa amalan membanteras rasuah yang mereka laungkan selama ini hanyalah satu retorik yang sengaja direka agar memastikan UMNO sentiasa disokong oleh kaum Melayu tetapi hakikatnya kita sendiri dapat melihatnya. Bagi saya, UMNO tidak mengikuti landasan visi dan misi yang mereka perjuangkan selama ini sebaliknya mereka sendiri mencabuli misi dan visi di dalam parti tersebut. Yang hanya berada didalam pemikiran beliau hanyalah bagaimana mahu mengaut segala kekayaan bagi memenuhi tuntutan hawa nafsu mereka... Kepada rakan-rakan UMNO renung-renungkanlah