Sabtu, 17 Januari 2009

TAHNIAH SEMUA PETUGAS PAKATAN RAKYAT - Malaysiakini


Alhamdulillah, YB Mohd Wahid Endut berjaya menewaskan pencabarnya Wan Farid dari BN dengan majoriti undi 2631. Tahniah untuk semua yang bekerja keras dalam memastikan kemenangan Pakatan Rakyat untuk kali kedua selepas PRu 12. Moga suara YB dari Pakatan Rakyat akan lebih kuat bergema di dalam Parlimen kali..Takbir !!!!!!

GAME OVER : PAS MENANG MAJORITI 263I UNDI - Malaysiakini

Games Over !!
PAS dan Pakatan Rakyat menambah 1 lagi kerusi di Parlimen !! Raikan kemenangan ini dengan laungan Allah hu Akbar !! Takbirr !!

Sumber MStar: Calon PAS menang pilihan raya kecil Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU: Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut hari ini telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan pada pukul 9.30 malam tadi.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,552 undi.

Beliau menang dengan majoriti 2,631

NAJIB TIDAK AKAN HADIR DITEMPAT PENGUMUMAN - Malaysiakini

Oleh SP

Menurut sumber rapat dengan UMNO, Dato' Seri Najib telah menerima taklimat daripada SU Jentera Pilihan Raya BN dan telah membuat keputusan untuk berangkat pulang dan tidak akan hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang dijangka akan diumumkan kira-kira pukul 10.30 malam nanti.

BN Telah meramalkan akan kalah dengan majoriti 3,200 undi.

sumber : TKO blog

TINGGAL 3 PETI UNDI SAHAJA - Malaysiakini

Sumber tidak rasmi mengesahkan bahawa PAS mendahului BN dengan majoriti besar melebihi 2 ribu undi.

Suasana di dalam stadium menjadi sedikit 'cemas' ! Masih terdapat 3 kotak peti undi belum dikira...! Mengikut nujum, peti-peti 'akhir' ini sangat 'berhantu'. Penyokong gerombolan terus mengunyah 'gula-gula' BN dengan lebih pantas sambil mata terus menjeling peti-peti undi yang belum dibuka untuk di kira.

Najib kian resah, Pak Lah baru telan ubat lelah sebentar tadi. Jantung makin kencang. Kencing jangan tak lawas...! Awas !!

sumber : ABO

PAS MENANG !!! - Malaysiakini

Kemaskini

Saya baru mendapat maklumat terkini yang PAS menang dengan majoriti 2,616 undi. (jumlah undi masih belum dapat dipastikan) Apa2hal kita tunggu maklumat seterusnya.....banyak2 berdoa moga PAS menang dalam PRK Kuala Terengganu

Laporan data menjadi 'perlahan', taktik lama bila kemenangan 'lawan' makin di depan..! Penyokong Pakatan sibuk menekan henpon, penyokong gerombolan sibuk mengunyah gula-gula BN...mencari miracle berlaku..!

Kiraan kertas undian yang telah dikira pada jam 8.47 pm adalah sekitar 69.7%, masih byk kertas undi yg belum dikira...
22 peti undi belum dibuka lagi !


sumber : ABO

PAS MASIH KEKAL DIHADAPAN - Malaysiakini


Terkini jam 8.45pm

BN : 25,503
PAS : 27,488

Lebih banyak panadol telah dihantar ke putrajaya ! Najib kian resah ! Bik momma baru siapkan secangkir kopi 'Janda' ! Wo

sumber : ABO

PAS MEMECUT LAJU - Malaysiakini

Terkini 8.30pm

PAS : 26,971
BN : 24,839

Jumlah kiraan undi terkini : 52,466

sumber : Al Banjari Online

PAS MASIH LAGI MENDAHULUI - Malaysiakini

Kiraan terkini : 47,580

BN : 21,884
PAS : 24,604

Gula-gula lambang BN telah mula bersepah dilantai..!

sumber : Albanjari Online

PAS SEDANG MENDAHULUI - Malaysiakini

Terkini jam 8.10pm :

BN- 21,614
PAS-23,640

Total votes reportedly cast : 80,229
PAS : 23,640
UMNO : 21,614
Independent : 136
Spoilt votes : Either 120 0r 420

Mengikut perkiraan rambang penyokong PAS yang berpusu-pusu menuju ke stadium negeri pada masa ini adalah di kalangan mereka yang mengetahui pusat penjumlahan undi masing-masing telah dimenangi oleh Calon PAS, Hj.Abdul Wahid Endut.

Maklumat yang diterima tidak rasmi mengatakan calon pas menang dengan majoriti 1000 undi lebih setelah 36,000 undi dikira setakat ini. Sedangkan masih terdapat sekitar 20,000 undi yang belum selesai dikira.

Saya cuba mendapat pengesahan rasmi dari adik Hj. Wahid yang kebetulan sahabat baik, beliau mengatakan persaingan sangat sengit.

Dari masa ke semasa saya akan memaklumkan berita terkini dari Kuala Terengganu. Apa yang sangat diharapkan calon PAS akan menang sebagaimana yang diharapkan.

Gula-gula BN mula mencair dan mulut gerombolan nampak kian kurang aktif mengunyah..buih mula terbit dihujung bibir, wahhh...ala-ala shabeeri la pulok !

MASA DAH CUKUP - Malaysiakini


Masa dah cukup...time nak kira pula...pakat2 doa moga dengan doa kita semua UMNO dan BN sekali lagi akan kecundang di PRK Kuala Terengganu. Yang pasti saya rasa sasaran SPR untuk angka 90% keluar mengundi tidak tercapai....

Apa yang dapat dilihat, UMNO seperti dalam keadaan terdesak dan tak tahu la pulak macam mana dengan Najib..Adakah dia masih kusut seperti di PRK Permatang Pauh..Jawapannya lihatlah di Buletin jam 8 malam....

ADA KALANYA KENA JUGA RASA WAS-WAS DENGAN SPR - Malaysiakini

Saya sendiri rasa hairan dengan keyakinan SPR menyatakan bahawa 90% akan keluar mengundi untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Menurut maklumat yang diperolehi dari blog siasah, Sehingga jam 12 tengahari tadi, peratus mengundi hanya 42 peratus manakala jam 2 petang, peratus mengundi adalah 52 peratus. Biasanya jika kita lihat mana-mana mood setiap kali pilihanraya tidak kira PRU @ PRK bila time waktu petang biasanya jumlah yang keluar mengundi akan mula menurun berbanding dengan waktu pagi. Jadi sasaran untuk sampai ke angka 90% sudah pasti ada sukar dan jadi kenapa SPR boleh meletakkan keyakinan yang tinggi ??? Macam ada sesuatu yang tak kena dalam PRK kali ini....

Jika ini berlaku mungkin ia satu keajaiban dan kesungguhan pengundi dari Kuala Terengganu yang bersemangat mengundi pengundi pilihan mereka ataupun ini merupakan salah satu strategi SPR untuk memenangkan BN. Mana la tau, silap-silap haribulan polis yang dihantar berkawal di Kuala Terengganu itulah yang menjadi dalang untuk memangkah undi dan seterusnya membolehkan Wan Farid menang di Kuala Terengganu. Ini hanya spekulasi dari saya saja tetapi tidak mustahil jika ia menjadi kenyataan..Tinggal beberapa minit sahaja dan moga kemenangan menjadi milik PAS insya-Allah...

p/s : tak sangka Puan Aflah mempunyai pandangan yang serupa

KEPUTUSAN PRK KUALA TERENGGANU - Malaysiakini

Keputusan PRK Kuala Terengganu insya-Allah akan diketahui malam ni. Semua penyokong parti masing2 menanti dengan penuh debar. Copy sikit dari blog sebol. Moga kemenangan menjadi kepada penegak kebenaran (PAS)...Sekali sekala kasik saspen apa salahnya..

Keputusan Pilihanraya Kecil P36 P036 Kuala Terengganu. Tunggu jam 10.30 malam..

Mohd Abdul Wahid Endut (PAS):
Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN):
Azharudin Mamat (Bebas)
Undi Rosak:

Jumlah Keluar Mengundi:
Jumlah Keseluruah Pengundi:

Sebagai perbandingan PRU 12

Jumlah Pengundi: 80,325
Peratusan Kaum: M: 88.14% C: 10.94% I: 0.65% L: 0.27%
1. Datuk Razali Ismail (BN) (32,562)
2. Maimun Yusuf (Bebas) (685)
3. Mohamad Sabu (Pas) (31,934)
Majoriti: 628
Jumlah undi: 66,112
Peratus mengundi: 82.31%
Undi rosak: 931
Penyandang: Datuk Razali Ismail (BN)
(Majoriti: 1,933 undi)

INSYA-ALLAH, KEMENANGAN 10.30 MALAM DETIK BERSEJARAH BAGI PAS - Malaysiakini


Keputusan pilihan raya kecil kerusi Kuala Terengganu dijangka pukul 10.30 malam dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 90 peratus pengundi keluar mengundi hari ini.

"Insya-Allah kemungkinan (akan diketahui) lebih awal dari itu," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof pada sidang media di Pusat Media semalam.

Abdul Aziz berkata, pihaknya mahu pilihan raya kecil ini mencatatkan rekod dengan peratusan keluar mengundi melebih 90 peratus.

"Kita dapat catat rekod proses penamaan calon berjalan lancar walaupun dimaklumkan disertai penyokong 40,000 orang... malah tiada kejadian tidak diingini sepanjang (tempoh) berkempen.

"Oleh itu, kita berharap satu lagi rekod akan dibuat dengan jumlah yang ramai akan keluar mengundi," kata beliau.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi dan ditutup 5 petang manakala perjumlahan undi akan dilakukan di Stadium Negeri.

Mengenai keadaan cuaca, beliau berkata, maklumat diterima menunjukkan persekitaran mendung tetapi menasihatkan orang ramai keluar mengundi lebih awal.

sumber : harakahdaily

ISU BABI : DARI MELAKA KE UM - Malaysiakini


Entah dimana maruah umat Islam di Malaysia sekarang ini. Saban hari dipermainkan oleh mereka yang anti Islam. Rakan kita di Palestin bertungkus lumus berperang dengan tentera zionis Israel laknatullah dan kita di Malaysia masih lagi tidak selesai dengan isu perang babi.

Kisah babi yang sebelum ini begitu popular di Melaka kini telah merebak di Universiti Malaya. Secara peribadilah saya dapat melihat ini adalah salah satu provokasi bagi pihak yang tidak bertanggung jawab yang memainkan isu agama dan yang paling hina pihak tersebut telah meletakkan kepala babi dengan beralaskan bendera PAS di dalam surau Akademi Pengajian Islam.

Saya juga merasakan ia ada kaitan dengan pilihanraya kampus yang sedang hangat berjalan di kampus dan yang pasti dalangnya mesti dicari. Malang sungguh jika mereka yang bakal-bakal menjadi intelektual melakukan perkara sebegini. Isu samseng yang diajar oleh pemimpin UMNO nampaknya sudah menular ke dalam kampus. Nampaknya inilah berkat jika Barisan Nasional mentadbir Malaysia. Kehancuran demi kehancuran dapat dilihat. Pelajar yang kononnya dihantar ke IPTA sepatutnya semakin cerdik tetapi sebaliknya menjadi semakin 'bodo' dibawah acuan BN. Maaf jika ayat kali ini terlalu kasar tetapi bagi saya wajar jika saya bersikap sedemikian kerana mereka telah menghina kesucian Islam di rumah Allah serta memainkan sentimen keagamaan kepada masyarakat majmuk di Malaysia dan moga orang yang bertanggungjawab melakukan kerja terkutuk ini mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang beliau lakukan.....

BACALAH, UNDI PAS DAPAT PAHALA - Malaysiakini


UMNO dan BN terus melenting apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan satu statement apabila undi PAS akan dapat pahala. Kepada pembaca sekalian pernahkah anda berfikir kenapa Tuan Guru berkata sedemikian. Minda Tuan Guru memang sukar untuk kita baca dan fahami apatah lagi puak-puak bodoh yang datang dari UMNO dan BN. Bagi saya, Tuan Guru mempunyai keunikan dari segi pemikiran dan sebaran maklumat. Disini mungkin saya dapat huraikan serba sedikit. Mungkin untuk orang UMNO dan BN yang buta selama ini dapat melihat, membaca dan menafsir dengan menggunakan akal yang Allah berikan dan bukannya berfikir dengan menggunakan kepada lutut.

Sedikit ringkasan disini :-

1. Bila PAS ingin menegakkan Hukum Allah diatas muka bumi ini, berdosakah atau mendapat Pahala ??

2. Bila PAS ingin menghapuskan judi yang boleh memporak-perandakan rumah tanggan, berdosakah atau mendapat pahala ??

3. Bila PAS ingin menghapuskan kilang arak yang boleh memudaratkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

4. Bila PAS mahu menjalankan hudud, qisas dan ta'zir kepada penjenayah sebagaimana disyariatkan, berdosakah atau mendapat pahala ??

5. Bila PAS ingin menghapuskan riba' yang jelas tidak mendatangkan keadilan, berdosa atau mendapat pahala ??

6. Bila PAS menentang akta zalim ISA, berdosakah atau mendapat pahala ??

7. Bila PAS membawa rakyat mendekati Allah melalui kuliah agama, ceramah, mewujudkan sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sebagainya, berdosakah atau mendapat pahala.

8. Jika PAS menentang kenaikan harga minyak yang keterlaluan supaya tidak mendatangkan kesusahan kepada rakyat, berdosakah atau mendapat pahala

9. Jika PAS melarang hiburan yang keterlaluan dan pergaulan bebas supaya menjauhi maksiat, berdosakah atau mendapat pahala

Salahkah kalau dikatakan, menyokong parti yang membawa kebaikan juga akan diberi ganjaran pahala oleh S.W.T ? Tuhan yang maha kaya dan maha pemurah. Samalah juga kalau menyokong parti yang membawa kemungkaran dan kemudaratan kepada masyarakat, sudah tentu anda juga tidak terlepas dari dosa jika mengundinya kerana ia bererti anda redha dengan segala tindak tanduknya yang jelas bercanggah dengan hukum Allah.

Semoga Allah mengampuni segala kesilapan kita yang lampau. Jadi kepada rakan-rakan dari UMNO dan Barisan Nasional bolehlah fikir sebaik-baiknya

Jumaat, 16 Januari 2009

INGAT ALLAH KETIKA MENGUNDI : TUAN GURU NIK AZIZ - Malaysiakini


"Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah dan bukan hamba duit dan sebagainya."

Terengganu 17 Januari ini menjadi medan mengukur kemampuan fenomena Mac 2008 beralih ke Terengganu. Lebih 80,000 pengundi bakal merumuskan hala tuju politik negara seterusnya. Impak pilihan raya kecil ini cukup besar dan boleh merubah senario politik masa depan negara. Justeru, pengundi harus menggunakan kesempatan berharga ini dengan matang dan bijaksana.

Bagi memandu pengundi membuat pilihan terbaik, ikuti pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika ditemui di pejabat Menteri Besar Kelantan, di Kota Darulnaim, Ahad, 11 Januari lalu.

HARAKAH: Umno kini bermati-matian mahu mempertahankan penguasaannya di Kuala Terengganu. Kempen pilihan raya pun semakin hangat dan mendebarkan. Bagaimana Tok Guru melihatnya?

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ: Sekarang berlaku pertelagahan antara gerakan Islam yang dipimpin oleh PAS dan gerakan nasionalis yang dipimpin oleh Umno untuk berebut hendak jaga negeri. Kalau lebih 50 tahun dulu, antara Inggeris dan Jepun berebut juga, hendak jaga Tanah Melayu.

Dan kira-kira hampir 2,000 tahun lalu perbalahan berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Abu Jahal. Juga sama-sama berebut hendak jaga negeri. Hak mana yang betul kerana orang Islam ini bukan semata-mata hendak makan atau minum. Islam mengajar makan minum yang betul. Berumah tangga yang betul atau politik yang betul. Betul itu kena dengan kehendak Allah Taala. Ini beza ajaran Islam dengan ajaran manusia sama ada kita Melayu atau Cina Muslim itu tidak kiralah. Ajaran Islam tidak serupa dengan ajaran yang manusia buat. Manusia reti apa di hujung dunia ada syurga neraka yang tahu benda itu ialah tukang yang membuat dunia iaitu Allah Taala. Allah Taala ajar benda ini kepada nabi-nabi sejak zaman-zaman sehingga sampai kepada Nabi Muhammad saw.

Ada ayat al Quran menyebut selepas mati kita akan dihidupkan balik. Selepas mati kita tidak perlu lagi sembahyang, puasa, mengundi atau apa sahaja sudah tidak ada lagi. Yang ada kamu dipaksa balik ke pangkuan Allah Taala. Ini masalah yang berlaku sejak dahulu kepada nabi-nabi dengan umat masing-masing. Begitu juga pada masa Nabi Muhammad s.a.w. dengan umatnya termasuk kita. Ini benda yang PAS hendak sebut. Ini juga yang kita sering sebut dalam sembahyang. Sembahyang, hajiku, hidup mati untuk-Mu Allah Taala. Untuk-Mu itu hendak pergi macam mana kalau bukan melalui Islam.

Kalau benda itu kita boleh buat tanpa melalui Islam, apa faedah Allah Taala kirim nabi-nabi. Apa tujuan kirim nabi sejak Nabi Adam sehingga Nabi Muhammad s.a.w. Jadi kalau kita tolak Islam seperti yang diamalkan Umno sekarang dan mengambil kebangsaan, soalnya agama Islam itu berhenti setakat mana. Adakah Islam tidak berguna sekarang kerana tempoh dah habis atau macam mana? Mengapa kita tolak agama dan ambil kebangsaan. Adakah Umno fikir Islam tamat setakat 1946 ketika Umno mulai wujud atau Islam terus sampai khiamat. Orang Islam di seluruh dunia akui Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi akhir zaman.

Ini punca PAS dan Umno bertelagah. Apa salah kalau Umno tinggalkan kebangsaan. Islam itu terkandung di dalam al-Quran, dan di dalam terkandung semua termasuk politik, ibadat dan keselamatan. Ini kerana al-Quran didatangkan daripada Allah Taala. Bezanya sekarang Umno hanya selamat setakat dunia dan nak pergi akhirat tidak boleh. Arab, Cina, India hendak pergi syurga semuanya melalui Islam. Ini perkara pokok.

Ini bererti risalah Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w. bukan terhenti setakat tahun 1946 sahaja. Ini punca segala pertelagahan yang berlaku sekarang, dan sebab itu saya minta semua kawan-kawan dalam Umno bermula daripada peringkat 'grassroot' sehingga pemimpin atasan. Tidak ada guna satu sen pun perjuangan kebangsaan. Hendak pembangunan semua parti yang memerintah boleh buat pembangunan.

Kalau komunis memerintah di negeri ini sekalipun mereka juga mampu buat pembangunan. Sekadar pembangunan lahiriah ini semua orang boleh buat. Tidak payahlah Allah Taala kirim nabi kalau sekadar kehidupan manusia mahu kepada pembangunan. Kafir Quraisy, Rom dan Parsi buat pemnbangunan sampai sekarang pun kita dapat lihat kesannya. Di Mesir ada piramid dan macam-macam lagi. Apa yang penting pemnbangunan tidak boleh sampai ke akhirat.

Masuk kubur kita hanya bawa jari 10 sedangkan kita mempunyai banyak duit di dunia. Kita ada tenaga di atas dunia mengapa tidak boleh bawa bersama di dalam kubur. Islam sahaja �cable� yang boleh membawa kita dari dunia sampai ke akhirat. Kepandaian, kebijaksaan dan harta kita semuanya itu boleh kita tukar melalui pertukaran benda kepada pahala. Ini perkara besar yang menguasai pemikiran manusia sekarang sama yang menyokong atau melawan gerakan Islam.

Oleh itu saya minta kalau sesiapa sahaja yang hendak pembangunan ia tidak boleh membawa kita ke akhirat tanpa melalui Islam. Kami jaga Melayu sampai ke akhirat tetapi Umno jaga Melayu setakat dunia sahaja. Islam ini kalau buat tanpa ikhlas tidak jadi, tidak kiralah orang PAS sendiri pun. Sembahyang, kempen tidak ikhlas tidak jadi. Kita mahu Islam dan iman.

Apa langkah terakhir calon dan petugas PAS lakukan menjelang hari mengundi Sabtu ini?

Langkah awal akhir ini tidak ada dalam Islam, kerana ia awal dan akhir selama-lamanya. Hidup kita di atas dunia ini bertengkar dengan nafsu. Dalam tubuh kita ada nafsu. Amarah, lawamah, mutmainah. Kita kena yakin kerja mengundi ini sebagai kerja agama. Ini kerana kerja memerintah negeri ini ialah kerja Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah tidak boleh memerintah sehingga terpaksa berhijrah ke Madinah. Kita di Terengganu sekarang mahu mengundi mesti ingat kerana Allah Taala. Hendak jadi wakil rakyat boleh tetapi kena ingat kerana Allah Taala. Keyakinan kita ialah sebagai hamba Allah Taala dan bukan hamba duit dan sebagainya.

Kita perlu solat hajat?

Solat hajat kita perlu buat setiap masa. Tidak boleh bermusim, satu budaya orang kita bermusim ketika sakit, anak hendak periksa, hendak mengundi. Tapi tak apalah kalau tidak ada langsung baik kita buat.

Bagaimana situasi yang Tok Guru tengok terhadap kecederungan politik rakyat di Kuala Terengganu sekarang?

Pada hari penamaan calon saya pergi ke sama. Saya tengok kalau di tepi-tepi jalan nampaknya petugas PAS lebih rancak. Kegiatan Umno tidak nampak sangat. Cuma di sesetengah tempat mereka ghairah dengan poster. Hari itu tidak nampak sangat kegiatan Umno, jadi kita harap perkara itu biarlah berterusan.

Sejauh mana Tok Guru mengenali Mohd Abdul Wahid Endut sebagai seorang pemimpin yang patut dipilih?

Kita mengenalinya kerana beliau sudah lama menjadi wakil rakyat. Sejak 1990 lagi menjadi wakil rakyat. Lagi pun tidak kedengaran sungutan rakyat terhadapnya. Harap begitulah. Kalau tidak masakan ia menjadi pilihan kepada Presiden yang juga orang Terengganu.

Kegelisahan pihak lawan nampak sangat sehingga terpaksa mengerahkan begitu ramai anggota keselamatan. Ia mungkin pertama kali berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil. Mungkinkah ada sesuatu di sebalik nama keselamatan yang Tok Guru lihat?

Kalau hendak datang begitu ramai bagi menjaga keselamatan, itu tidak menjadi masalah. Kalau Umno mahu memperalatkan polis dalam pilihan raya kecil ini bermakna berlaku celaka besarlah dalam demokrasi. Kedudukan Terengganu di tengah-tengah laluan ke Kuala Lumpur, jadi orang dapat tengoklah keadaan sebenar yang berlaku. Bagaimanapun harap-harap Pengerusi SPR baru, yang sebelum ini banyak tercalit dengan perkara-perkara yang mencurigakan, dapat ambil berat hal ini. Peristiwa Batu Burok dahulu sangat-sangat menyedihkan.

Sambutan penduduk Cina kepada calon PAS pun semakin meningkat. Kalau sebelum ini mereka sukar didekati namun sekarang tidak lagi. Adakah ini suatu petanda yang cukup menarik?

Ini sutu perkembangan yang cukup menarik sekali. Memanglah benda baik biar pun ditekan lama-lamaan akan menyerlah juga. Macam bola yang ditekan ke dalam air, lama-lama air akan melantun juga ke atas. Begitu juga dengan kebenaran kita boleh tekan namun lama-kelamaan ia akan naik balik.

Sebelum ini media massa sebut PAS antipembangunan, antikemajuan tetapi Cina di Kelantan tengok setiap hari berlaku pembangunan di negeri ini. Saya sebagai ketua kerajaan yang bergelar ulama boleh datang ke tempat masyarakat orang bukan Islam tanpa sebarang masalah. Saya pergi ke wat Siam di Tumpat. Semasa pemimpin Cina, Foo Chong Yong meninggal dunia. saya juga pergi melawatnya. Akhirnya orang Cina faham mereka diperbodohkan dengan pembohongan. Masa orang Cina buat kenduri kahwin pun saya pergi. Setiap kali orang bukan Islam menjemput saya pergi ke majlis mereka, saya tanya sama ada jemputan itu bagi tujuan agama atau budaya. kalau hanya sekadar budaya saya pergi. Tujuan agama tidak boleh. Setiap kaum ada budayanya sendiri.

Apa yang menarik juga di Terengganu ramai pemimpin utama Pakatan Rakyat datang membantu calon PAS. Adakah ini suatu perkembangan yang baik?

Ya, ini suatu yang cukup menarik sekali. DAP sekarang semakin jelas nampak dan ia lain dengan DAP zaman dahulu. Macam juga orang PAS zaman dahulu, kalau sebut Umno mereka tidak mahu dekati. Sekarang mereka sudah faham. Hendak lari macam mana kerana mereka juga saudara kita. takkan kita hendak biarkan mereka dengan salah begitu. Kalau mereka salah, kita kena perbetulkan.

Hudud yang cuba dicetus media bagi menjarakkan hubungan PAS dengan DAP nampaknya juga gagal?

Makin mereka mainkan isu tersebut tambah bodoh mereka. Ini kerana hudud itu untuk orang Islam. Jadi pemimpin Umno ini, mereka Islam atau tidak? Kalau mereka Islam mengapa tidak mahu hudud.

sumber : harakahdaily

KHAS UNTUK PENGUNDI P036 KUALA TERENGGANU - Malaysiakini


Esok sudah bermulanya hari pengundian. Entah macam mana agaknya suasana pada malam ni kat sana...Saya gagal untuk menghadirkan diri ke sana kerana ada komitmen untuk menjayakan demo petang tadi di Masjid Al-Azim. Sepatutnya saya bersama-sama dengan sahabat bertolak ke Kuala Terengganu selepas Isyak pada hari Rabu lepas. Tetapi terpaksa dibatalkan disaat2 akhir dan terima kasih kepada sahabat kerana memahami komitmen saya di Melaka. Kesian juga kepada beliau kerana terpaksa mencari kenderaan ganti disaat-saat akhir. Syukur alhamdulillah ada juga sahabat yang sudi membantu. Moga perjalanan kalian selamat pergi dan kembali semula ke Melaka.

Untuk para pengundi P036, buatlah satu keputusan yang bijak..Cukup2lah kita semua dipermainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini hanya pandai menggula2kan kita semua. Cakap lain tapi perlaksanaannya lain. Kini sudah sampai masanya untuk kita mengubah kerajaan mana yang harus kita pilih. Apa yang berlaku sekarang banyak berpunca dari mereka yang jelas menolak Islam sebagai cara hidup bahkan mereka menggunakan hudud untuk menakutkan golongan non muslim dan bukannya untuk menyebarkan dakyah Islam kepada mereka. Islam yang hanya ada pada mereka hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata dan merupakan satu retorik yang nyata dari UMNO dan Barisan Nasional.

Non muslim sudah beralih kepada Pakatan Rakyat dan mereka tidak lagi takutkan hudud sebaliknya sudah memahami. Jika tidak mana mungkin Kelab Penyokong PAS boleh ada...Tak gitu pembaca sekalian. Untuk pengundi Melayu yang beragama Islam, saya rasa kalian semua boleh berfikir secara waras. Jika dahulu UMNO menyatakan mahu memperjuangkan bangsa Melayu dan kini bangsa Melayu semakin berkembang, lihat sahaja di penjara, pusat serenti, di taman bunga, shopping complex dan seangkatan dengannya siapa yang menguasai jika tidak bangsa kita sendiri. Ini baru sebahagian kecil..nak ulas panjang nanti dah jadi blog sejarah pulak...Jadi pikirla2 sendiri macam mana...Jangan akan datang barulah terhegeh2 nak menyesal...Tak salah rasanya jika pengundi sekalian ambil langkah untuk memangkah Pakatan Rakyat...cukup2lah bagi undi kat BN....50 tahun memerintah tapi apa yang rakyat Kuala Terengganu dapat ??? Fikir-fikirkan lah....jangan menyesal di kemudian hari sudahlah....tambahan kalian semua pun dah kenal siapa dia Wan Farid
kan .....

p/s : Jangan segan pangkah PAS..insya-Allah jalan kebenaran menanti anda....Islam the way of life..

SAVE PALESTIN JALUR GAZA - Malaysiakini


Boikot Produk Israel dan Sekutu Dekatnya

Perang antara Hamas dan Israel makin brutal, tanpa ada pihak lain mampu menghentikannya. Memasuki hari ke-18, Selasa lalu, pasukan darat Israel terus merangsek ke kota Gaza. Gerakan mereka mengarah ke wilayah pinggir kota di pesisir Mediterania, yang masih menjadi kantong pejuang Hamas. Balasan roket-roket Hamas yang diarahkan ke wilayah Israel membuat pasukan Israel makin meningkatkan serangan secara membabi buta. Pasukan cadangan Israel pun dikerahkan.

Sementara itu, jumlah korban meninggal sedikitnya telah mencapai 935 orang, termasuk 280 korban adalah anak-anak dan 75 perempuan. Sebanyak 4.260 orang mengalami luka-luka. Di antara korban tewas terakhir, terdapat seorang warga Arab Saudi yang bergabung dengan Hamas bertempur melawan invasi Israel. Dan lebih dari 90.000 orang terpaksa mengungsi.

Seruan damai dan jihad, kutukan kepada Israel, demonstrasi, pembakaran atribut yang melambangkan Israel, hingga penggalangan dana dan pengiriman bantuan untuk warga Palestina terjadi di berbagai belahan dunia. Berbagai upaya pertolongan untuk membantu pejuang Hamas, salah satunya dengan mengirim bala bantuan berupa tenaga relawan untuk berperang, sampai kini belum membuahkan hasil.

Salah satu bentuk aksi solidaritas yang memberi tekanan kepada Israel dan Amerika Serikat adalah memboikot produk-produk mereka. Fenomena ini, meskipun bukan barang baru, belakangan terus menggelinding. Hanya, gemanya belum besar. Di Malaysia, aksi boikot produk Amerika Serikat terus menyeruak dan mulai menunjukkan taringnya. Koran Malaysia berbahasa Inggris, The Star, Kamis pekan lalu memberitakan bahwa Perhimpunan Konsumen Muslim Malaysia mulai memboikot produk-produk Amerika Serikat.

Beberapa di antaranya adalah minuman ringan jenis cola, kopi, dan kosmetik yang sehari-hari biasa mereka konsumsi. Bahkan tak kurang dari 2.000 pengelola restoran memberi dukungan dengan cara menghentikan penjualan minuman merek Coca-Cola. "Boikot merupakan cara terbaik memprotes negara zionis itu dan penyokongnya, Amerika Serikat. Kami mesti mengirim protes nyata agar mereka menghentikan pembunuhan di Gaza," kata Ma`mor Osman, Sekretaris Umum Perhimpunan Konsumen, seperti dikutip The Star.

Ketika Amerika Serikat menginvasi Irak pada 2003 dan makan korban orang-orang sipil tidak berdosa, seruan boikot produk Amerika Serikat menyeruak kuat. Meskipun meredup, gemanya masih terus ada hingga sepanjang tahun 2005, 2006, dan 2007. Berdasarkan penelusuran di internet, topik boikot produk Israel dan Amerika Serikat terus berkembang. Tidak pernah jelas, apakah di balik opini boikot itu ada motif perang dagang dan perang antar-produsen untuk mematikan produk-produk pesaingnya.

Lepas dari efektif atau tidak, sejumlah aktris Hollywood meminta foto-foto mereka dihapus dari situs perusahaan perhiasan berlian milik Lev Leviev, seorang milyarder Yahudi Amerika. Mereka tidak mau nama mereka diidentikkan dengan perusahaan yang ikut memberi kontribusi pada pembangunan permukiman Yahudi di Israel dan berperan dalam pelanggaran hak asasi manusia di Afrika.

Para aktris seperti Salma Hayek, Sharon Stone, Whitney Houston, Halle Berry, Drew Barrymore, Brooke Shields, Andie Macdowell, dan Lucy Liu meminta Lev tidak lagi memasang foto mereka di situs maupun seluruh toko berlian milik Lev. Hal itu dilakukan setelah mereka dikontak organisasi kemanusiaan Palestina dan organisasi Yahudi anti-penjajahan Israel di Palestina yang berbasis di New York.

Langkah para aktris itu juga pernah dilakukan Unicef dan duta kemanusiaan Oxfam International, Kristin Davis. Jika Davis meminta fotonya diturunkan dari situs perusahaan Leviev, Unicef menolak menerima donasi apa pun dari Leviev. Alasannya, Leviev terlibat dalam pembangunan permukiman Yahudi di Tepi Barat, Palestina, dan memicu konflik berkepanjangan.

Di lapangan, seruan boikot produk yang disinyalir terkait dengan Yahudi, Israel, dan Amerika Serikat ternyata tidak menggema. Pantauan Gatra sepanjang Minggu dan Senin lalu menunjukkan, kondisi sejumlah hypermarket yang menjadi sasaran seruan boikot ternyata biasa-biasa saja. Bahkan antrean pembeli di sebuah restoran cepat saji waralaba asing tetap penuh hingga empat baris. Di sekitar lokasi pun tidak ada spanduk atau apa pun yang bisa menjadi media seruan boikot terhadap toko yang mulai merambah Indonesia sejak tahun 1998 itu.

Pemboikotan terhadap produk Israel memang bukan kali pertama ini terjadi. Hampir setiap kali Israel melakukan serangan ke wilayah Palestina, teriakan boikot muncul dari sejumlah kalangan. Tidak ada yang bisa menakar rfektivitasnya. Namun yang membedakan, kali ini pemboikotan produk Yahudi dan sekutunya itu didukung penuh oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI).

Ketua MUI, Amidhan, mengatakan bahwa Israel begitu arogan. Israel tidak mau mendengar imbauan dunia untuk melakukan genjatan senjata dan berdamai. Resolusi Dewan Keamanan PBB pun tidak dilaksanakan. "Karena itu, harus kita lawan dengan senjata apa saja, termasuk pemboikotan itu," katanya kepada Ahmad Alfajri dari Gatra.

G.A. Guritno dan Bernadetta Febriana
[Laporan Utama, Gatra Nomor 10 Beredar Kamis, 15 Januari 2009]

GAMBAR SEKITAR DEMONTRASI DI MELAKA - Malaysiakini















ISRAEL KENA BAKAR DI MELAKA !!! - Malaysiakini


Alhamdulillah, Demonterasi aman sempena bantahan kekejaman Israel dan Amerika terhadap Rakyat palestin berjaya juga dilaksanakan di perkarangan Masjid Al-Azim selepas solat Jumaat. Saya sendiri tidak menyangka sambutan begitu menggalakkan almaklumlah perancangan diadakan last-last minit tambahan ramai sahabat2 yang tidak dapat turut serta berikutan ada tugasan di Kuala Terengganu bagi membantu jentera PAS disana. Disini saya lampirkan beberapa keping gambar untuk sebagai tanda protes umat Islam di Melaka ke atas serangan Israel dan bantuan Amerika dalam menghancurkan sebuah Negara Islam iaituPalestin...HANCUR ISRAEL !!! JAHAMAN AMERIKA !!!! MAMPUS MEREKA !!!!





Bagi saya, demonterasi yang dilakukan bukannya berakhir disini sebaliknya kita kena laksanakan ia secara berterusan. Boikot mesti diteruskan, risalah mesti disebarkan dan promosi yang serius dalam menjatuhkan ekonomi Israel laknatullah perlu dilaksanakan dan bukannya hanya melalui kata-kata. Insya-Allah sudah banyak produk2 tempatan yang masih boleh digunakan jadi ayuhlah rakan-rakan sekalian..Mari kita sama2 berusaha menjatuhkan kedua2 negara yang penuh dengan KECELAKAAN ini diatas muka bumi...!!!!

p/s : terima kasih kepada sahabat dan sahabiah yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Khamis, 15 Januari 2009

DEMO DI MASJID AL AZIM ESOK !!! - Malaysiakini


Demontrasi Bantahan Kekejaman Israel & Amerika akan diadakan pada 16 Januari 2009 selepas solat Jumaat bertempat di Masjid Al-Azim, Melaka. Maklumkan kepada sedara mara, sepupu sepapat, datuk nenek dan seangkatan dengannya. Insya-Allah kita protes sebagai salah satu usaha kita menyatakan bantahan kita diatas kekejaman 2 'ekor' negara terhadap Palestin. Sila sebarkan mesej ini jika anda menyayangi rakan-rakan anda di Palestin.....

SEDIKIT INFO YAHUDI YANG ANDA PERLU TAHU - Malaysiakini

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html ) mengenai soal tersebut.Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - kemana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawabsurat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa
ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran.

JOMLAH BOIKOT !!! - Malaysiakini


Ayah , kenapa ayah tak boikot barang Israel ?
Kenapa ayah tak boikot barang Amerika ?
Rokok itu buatan kilang Amerika ayah

Ayah larang saya merokok
Tapi ayah sendiri hisap rokok
Rokok buatan Amerika
Asap rokok tu macam asap rumah rakyat Palestin yang dibom

Ayah , kenapa kita tak boikot restoran makanan segera ?
Along , dah lama menganggur ayah
Nak buka warung burger
Orang kita tak ramai yang sokong ayah

Boikotlah restoran makanan segera ayah
Biar Along dan kawan-kawan dia yang ramai menganggur
Dapat mereka buka warung burger

Ayah , kenapa kita tidak boikot makanan Amerika ?
Paksu yang berniaga pasar malam
Katanya , pengunjung semakin kurang sekarang

Boikotlah kedai, makanan dan minuman Amerika ayah
Biar Paksu dan peniaga pasar malam, pasar tani
Bertambah maju

Ayah , kenapa ada pemimpin Melayu yang bodoh
Dia kata , kalau boikot , ramai tak kerja
Tapi dah dua kilang di Senawang dah tutup

Satu kilang papan, satu kilang sarung tangan
Tak ada kena mengena kilang ni dengan boikot

Boikotlah ayah
Dato Nooh Gadut yang ayah kata Ulamak Umno
Dia pun suruh boikot ayah
Dato Nooh Gadut kata berdosa kalau kita tak boikot

Boikotlah ayah
Banyak untung boikot ni ayah
Dapat bantu rakyat Palestin
Dapat memeningkan Israel dan Amerika
Dapat bantu Along, Paksu dan ramai lagi

Boikotlah ayah
Itulah senjata kita selain doa