Jumaat, 6 Februari 2009

LAGI MANGSA KEGANASAN DI PLKN - Malaysiakini


Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Putra Putri Taboh Naning, Alor Gajah dekat sini cedera dengan kesan lebam di muka, belakang badan dan kepala akibat dipukul oleh tiga pelatih lain di kem tersebut.

Mangsa, Asharizan Abu Bakar, 17, dari Tangkak, Johor, mendakwa dipukul dan dipijak akibat salah faham dengan seorang daripada tiga pelatih kem terbabit dalam kejadian yang berlaku semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang semasa pelatih tersebut bersama dua rakannya berjumpa dengannya untuk menyelesaikan satu masalah.

"Dia mendakwa saya ada mengambil barangnya tanpa kebenaran. Tanpa banyak soal, mereka terus menumbuk muka, belakang kepala, dan memijak belakang badan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka (HM) di sini hari ini.

Beliau dimasukkan ke HM malam semalam selepas dirujuk oleh Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan lanjut kira-kira pukul 11 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Sukan dan Belia negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman turut melawat Asharizan di hospital tersebut.

Jelas Asharizan, semasa kejadian terdapat beberapa lagi rakan lain turut menyaksikan insiden kira-kira 10 minit itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa.

Sementara itu, ibu mangsa, Fatimah Omar, 44, melahirkan rasa kesal dengan insiden yang menimpa anak sulungnya itu.

"Sepatutnya di kem PLKN, mereka dapat melatih semua bersatu padu antara satu sama lain, bukannya berkasar begini.

"Bagaimanapun, anak saya bersetuju untuk menamatkan baki satu bulan latihan yang perlu dilalui," katanya sambil berharap anaknya dapat dipindahkan ke kem lain selepas ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah mengambil keterangan tiga pelatih berkenaan setelah laporan dibuat di Balai Polis Simpang Ampat.

Khamis, 5 Februari 2009

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS BERKENAAN ISU DI PERAK - Malaysiakini

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009.

SAH, BN KHIANATI HAK RAKYAT - Malaysiakini


Apa sudah jadi.......itulah yang boleh saya perkatakan...bukan setakat 3 adun ( PKR dan DAP ) yang mengkhianati hak rakyat tetapi dalangnya juga perlu dianggap sebagai pengkhianat bangsa kerana mencabul hak demokrasi yang mengangkat mereka sebagai calon pilihan rakyat di dalam PRU 12. Saya tidak pasti berapa juta yang mereka ini perolehi untuk menyokong pucuk pimpinan Barisan Nasional yang sememangnya kita ketahui pasti komponen ini merupakan parti yang penuh dengan korupsi dan sentiasa bergelumang dengan najis rasuah. Inilah yang saya boleh perkatakan. Adakah SPRM akan memainkan peranan dalam menyiasat kes ini ??? kita saksikan..Jika di Selangor isu kes sedekah lembu pun dijadikan isu, bagaimana pula kes pembelian Adun Pakatan Rakyat untuk menyeberangi Barisan Nasional...

Secara kesimpulannya..jika berlaku pembentukan kerajaan baru di negeri Perak saya anggap itu merupakan satu pembentukan kerajaan yang tidak bermaruah..........!!!

Isnin, 2 Februari 2009

FUTSAL HIMPUNKAN HAMPIR 500 PEMUDA - Malaysiakini


Hampir 500 pemuda dari pelbagai kaum berhimpun di Gelanggang Arena Futsal, Merlimau untuk merebut Piala Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka. Kejohanan futsal yang diadakan buat kali kedua di Melaka dianjurkan oleh Department Of Art Culture & Sports (DACS) Kawasan Jasin dengan kerjasama dengan DACS Negeri. Tahniah kepada saudara Zainudin yang bertindak selaku pengarah program bersama saf kepimpinan beliau yang bertungkus lumus mengadakan kejohanan ini.

Kejohanan futsal kali ini dimenangi oleh pasukan TM Futsal yang menewaskan pasukan Rumah Awam Bukit Lintang dengan jaringan 3-1. Menurut saudara Zainudin yang juga selaku pengarah program berkata program sebegini perlu dilaksanakan sentiasa agar PAS dapat berdamping dengan golongan muda serta dapat menyebarkan mesej dakwah.

Kejohanan kali ini berjaya melibatkan 50 pasukan yang bertanding dan Insya-Allah dimasa akan datang beliau mensasarkan lebih daripada 50 pasukan yang bertanding ini berikutan ada pasukan masih mahu menghantar penyertaan walaupun tarikh pendaftaran telah tutup. Kejohanan ini dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamarudin bin Haji Sidek. Turut hadir sama ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin, Saudara Aminuddin bin Abd Jalil, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Saudara Yuzi Azhar bin Haji Yosof serta Pengarah DACS Negeri Melaka, Saudara Mohd Zakuan bin Haron.

si lembik : kalau kejohanan macam ni berterusan insya-Allah PRU 13 PAS boleh dapat kerusi DUN..tak percaya lu tengoklah sendiri

MUNGKIN NAJIB TAK AKAN JADI PM...- Malaysiakini

Kegagalan dalam 2 pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu memberikan jutaan tamparan kepada suami Rosmah Mansor, Najib Tun Razak. Itu tidak termasuk dengan Pilihanraya kecil yang diadakan di Pengkalan Pasir, Kelantan pada hujung tahun 2005 dimana wakil rakyat UMNO Barisan Nasional ketika itu hanya menang dengan undi yang tipis. Itupun dengan hasil bantuan undi pos yang entah dari mana datangnya.

Kegagalan Najib semakin berterusan ekoran kegagalan beliau memancing 2 wakil rakyat PKR (exco Perak) untuk menyertai BN sebaliknya kedua-dua wakil rakyat tersebut mengambil langkah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan. Tahniah saya ucapkan, moga dengan perletakan jawatan kadua-dua adun tersebut Pakatan Rakyat akan dapat memperolehi 2 orang adun yang lebih berkaliber dan bertanggungjawab dalam memperjuangkan hak rakyat. Cuma yang pasti, gelombang kegagalan Najib bakal berterusan andainya di dalam PR Kecil Barisan Nasional terus kecundang dan berkemungkinan hasrat Najib hendak mengantikan Pak Lah tidak tercapai. Pak Lah pula untuk tempoh 3 bulan kebelakangan ini hanya banyak memerhati daripada membuat statement. Maknya dalam tempoh 3 bulan ini macam-macam perkara yang boleh terjadi kepada Najib andainya beliau silap percaturan.

Itu baru membabitkan kegagalan BN didalam Pilihan Raya kecil dan tidak pula membabitkan isu pengangguran yang semakin meningkat ekoran masalah ekonomi global serta kes Altantuya yang masih lagi menghantui hidup beliau. Mungkin atas faktor itu juga Pak lah boleh mencantas Najib dan si khairy pula sedang berusaha dan mengatur langkah untuk 'check mate' pergerakan Najib. Tak percaya, lu tengoklah sendiri.....

BARISAN NASIONAL PARTI KEJI...NAJIB PUN SAMA - Malaysiakini

Inilah UMNO dan Barisan Nasional. Parti yang kononnya memerintah 50 tahun. Bagi saya UMNO dan BN adalah antara parti yang tidak menghormati sistem demokrasi di Malaysia ini. Dah nak kena kapan pun masih lagi membelakangkan keputusan rakyat.

Terkini lihatlah kes yang berlaku melibatkan 2 orang exco dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Isu pancing-memancing kedua-dua adun tersebut saya rasakan sudah menemui kegagalan pertama Barisan Nasional di Perak dimana hasrat mereka untuk memastikan kedua-dua adun tersebut menyertai BN tidak lagi tercapai. Ini berikutan maklumat yang dinyatakan di dalam harakahdaily dan Malaysiakini berhubung dengan kes melibatkan kedua-dua adun tersebut. Dari atas kertas saya dapat lihat kemenangan masih boleh menjadi milik PR andainya pilihanraya kecil diadakan. Ini berikutan mood politik tanahair masih lagi menjadi milik Pakatan Rakyat.

Untuk perkembangan, kita sama-sama tunggu sahajalah. tetapi yang pasti, BN dan UMNO memang sudah terlalu uzur ibarat besi buruk yang semakin berkarat dari masa ke semasa. Untuk itu kepada rakan-rakan dari PR hendaklah berwaspada dan bersedia agar kes yang pernah berlaku di Kelantan tidak akan berulang lagi pada kali ini. Kita semua sedar bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan untuk kita cuma mereka yang berkepentingan sahaja menyatakan bahawa Barisan Nasional masih relevan.