Ahad, 26 Disember 2010

1 JUTA DI JANGKA HADIR KONSERT TAHUN BARU 2011


KUALA LUMPUR – AmBank Group menyasarkan 1 juta pengunjung pada Konsert Tahun Baru 2011 Kuala Lumpur yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember.

Pengerusi AmBank Group, Tan Sri Azman Hashim berkata, konsert itu bagi meraikan kedatangan tahun baru merupakan kerjasama keenam syarikat kewangan itu dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak 2003.

"Tahun lepas terdapat hampir 800,000 pengunjung, jadi kali ini kemungkinan kita boleh capai 1 juta pengunjung,” katanya pada sidang media di sini.

Azman berkata, konsert itu yang akan disiarkan di saluran TV2 dari 10.15 malam akan menampilkan penyanyi terkenal tanah air antaranya Mizz Nina; penyanyi rock legenda, Amy Search; pemenang Malaysian Idol 2, Daniel Lee; penyanyi utama kumpulan Alleycats, Datuk David Arumugam; Ramlah Ram; dan kumpulan pop rock, Pop Shuvit.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan tarian 1Malaysia, tarian Melayu oleh kumpulan penari DBKL, tarian Cina oleh CN Dancez, tarian India oleh Vehaara Arts, kumpulan Bhangra, tarian Orang Asli oleh kumpulan Mah Meri dan juga orkestra DBKL, katanya. – Bernama

P/S : Semakin besar cabaran PAS dalam usaha menangani masalah ini. Xsalah jika berhibur tetapi kalo dah mcm ni xubah seperti pesta maksiat besar-besaran...Apa relevannya konsert tahun baru diadakan sebegini ???

KONVENSYEN BN GAGAL, BN BERAT SEBELAH

KONVENSYEN Barisan Nasional yang berlangsung pada 5 Disember lepas di Dewan MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, jelas penuh dengan retorik dan caca merba.

Melalui konvensyen itu, BN melancarkan piagam baru berteraskan gagasan 1Malaysia yang antara lain memaparkan keazaman untuk memberi penekanan kepada usaha mempereratkan lagi hubungan antara kaum.

Piagam tersebut turut memberi penekanan kepada usaha mencegah dan menentang segala bentuk ekstremisme dan rasisme demi memupuk perpaduan bagi sebuah masyarakat majmuk berteraskan gagasan 1Malaysia.

KENAPA BN TAKUT SANGAT DENGAN USTAZ AZIZAN


Tindakan pengharaman gambar Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak daripada dipamerkan di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran tidak pernah dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kedah, berkata, tiada perubahan berlaku selama hampir tiga tahun Pakatan Rakyat diterajui Pas mentadbir Kedah.

“Perkara itu tidak dibangkitkan atau dipersoalkan Kerajaan Negeri meskipun jelas menunjukkan tindakan itu bermula daripada Kerajaan Pusat.

“Saya berasa kesal kerana hampir tiga tahun pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ini, gambar Menteri Besar tidak dibenarkan dipaparkan di sekolah-sekolah terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Kerajaan Pusat hanya bersuara apabila Kerajaan Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia.

“Menteri Besar adalah ketua kerajaan dan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dipaparkan di sekolah-sekolah kerana ia tidak bermaksud Kerajaan Negeri ingin berpolitik di sekolah.

“Jika gambar Menteri Besar dihalang daripada dipamerkan di sekolah, kesannya pelajar sekolah tidak akan mengenali siapa Menteri Besar mereka,” katanya.

Sementara itu, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul turut mengakui situasi terbabit.

Katanya, pengharaman itu dibuat sejak PR diterajui Pas mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri ini.

“Memang sekolah bawah Kementerian Pelajaran, tidak dibenarkan mempamerkan gambar Menteri Besar Kedah.

“Bagaimanapun, saya tidak pasti ia arahan daripada siapa,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, Abdullah Saad ketika diajukan mengenai perkara itu, enggan mengulas lanjut.

RAKYAT BERUBAH, BN REBAH


Parti Islam Se-Malaysia PAS mengucapkan tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat, urusetia dan peserta Konvensyen Pakatan Rakyat 2010 yang telah berjaya dengan jayanya. Konvensyen yang telah berjaya mencapai matlamatnya. Harapan pemimpin umno BN dan media BN cuba untuk mengadu domba supaya konvensyen ini gagal seperti Konvensyen BN 5 Dis 2010 yang bergaduh fasal Ketuanan Melayu antara Umno, Mca dan Gerakan. Alhamdulillah perkara ini tidak berlaku.

Pemimpin Umno BN takut perubahan kerana mereka manusia yang tidak mahu berubah. Mereka takut rakyat berubah kerana mereka akan rebah. Mereka tidak mahu kepada urus tadbir dengan baik dan telus kerana takut perut mereka kurus.

Konvensyen Pakatan Rakyat berakhir dengan baik, pandangan yang bernas daripada wakil yang mewakili parti daripada pimpinan tertinggi hinggalah kepada sayap parti.

Cadangan yang dicadangkan di dalam konvensyen begitu praktikal untuk dimanfaatkan oleh rakyat. Selepas ini kita akan dengar jawapan daripada pemimpin BN yang resah dengan cadangan yang dibuat di konvensyen dengan tuduhan ini hanya angan-angan PR.

PAS mencabar pemimpin BN beri peluang kepada PR dahulu. Beri masa 100 hari kepada kami untuk membuktikan janji PR palsu atau angan-angan.

Mereka akan berhujah di mana wang akan diambil untuk diberi kepada rakyat. Inilah otak pemimpin BN yang lemah dan tidak kreatif untuk manfaat rakyat. Mereka begitu kreatif macam mana untuk perut mereka dan keluarga mereka. PAS ingin mengingatkan kepada Umno BN bahawa Pakatan Rakyat mampu untuk mentadbir negara. PAS sudah buktikan di Kelantan selama 20 tahun mentadbir. Negeri Kedah di bawah Umno mengalami masalah kewangan, tetapi mampu ditadbir dengan baik selepas 8 Mac 2008.

Tawaran yang PR berikan kepada rakyat, kami ada asas untuk melakukanya. Apabila rasuah kita buang dalam amalan, ketelusan dalam mengurus, insyaAllah PR mampu menunaikan semua pada rakyat Malaysia.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PAS TEGUR ALI RUSTAM SUKA BERHUTANG


Ahmad Danial

MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

“Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?” soal Ramli.

Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.

Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu.

JANJI 100 HARI, BN MULA RESAH


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Pemimpin Umno BN gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diisytihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO Umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara.

PAS berasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin Umno BN yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut.

Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN mula membuat perbandingan dengan negeri Pakatan, mereka melihat rakan mereka di negeri Pakatan hidup selesa kerana pemimpinnya siang malam memikir bagaimana untuk memberi kepada rakyatnya, manakala pemimpin BN memikir apa yang boleh diambil daripada rakyat.

Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO, berkata janji pembangkang itu tidak lebih daripada ‘wayang politik’ bagi menutup kegagalan mereka.

PAS hendak mencabar pemimpin BN, siapa yang temberang rakyat? Bukankah pemimpin BN memberitahu rakyat pada 3 Nov 2010 minyak tidak akan naik hingga hujung tahun. Tiba-tiba 4 Disember 2010 minyak RON 95 naik 5 sen.

Sekurang-kurangnya dengan kekangan kewangan yang dialami oleh kerajaan Pakatan Rakyat, tetap dapat melaksanakan iltizam untuk rakyat seperti yang dijanjikan dalam menifesto. Dalam usia yang muda sudah banyak habuan rakyat dapat, walaupun dalam nilai yang kecil. Jelaslah bahawa Pakatan Rakyat teruji dan terbukti.